Posts

Showing posts from March, 2019

Restoran "Kome Thai"

Image
Sekiranya anda mahu merasa hidangan-hidangan istimewa daripada sentuhan Thailand, anda wajiblah mengunjungi dan merasakan sendiri hidangan di Restoran "Kome Thai" ini. Perkataan "kome" yang berasal daripada Temerloh ini dikombinasikan dengan perkataan "Thai" sudah menunjukkan campuran daripada dua budaya yang berlainan. Restoran ini menjamukan pelbagai hidangan istimewa yang dibawa khas daripada negara Thailand iaitu kerabu mangga, aiskrim pulut mangga, pad Thai, nasi kerapao ayam/daging dan pelbagai lagi yang pasti menggugat selera anda. Restoran ini juga turut menjamukan hidangan-hidangan tempatan seperti nasi goreng, Ikan siakap 3 rasa dan macam-macam lagi. Resoran ini menawarkan hidangan dengan harga yang amat berpatutan. Oleh itu, semua golongan dapat merasakan hidangan-hidangan istimewa yang terdapat di sini. Restoran ini juga mempunyai set hidangan untuk keluarga. Suasana di kedai ini amat tenang dengan keunikan reka bentuk kedai itu sendir