Posts

Showing posts from February, 2019

Semantan Walk

Image
Sekiranya anda mahu membeli-belah atau mencari barangan seperti baju, kasut dan lain-lain lagi inilah tempat yang paling sesuai yangperlu anda lawati iaitu di Semantan Walk Temerloh. Harga barangan yang dijual di sini juga amatlah berpatutan. Selain daripada membeli-belah, di sini juga ada menempatkan beberapa restoran makanan dan kiosk-kiosk makanan yang pasti menggugat selera anda. Anda boleh bersantai dan berehat bersama keluarga di dengan menikmati hidangan yang disediakan. Pada waktu malam, anda boleh menikmati pemandangan yang sungguh cantik dengan gemerlapan lampu-lampu yang berwarna-warni. Papan tanda ikan patin yang megah jelas terpancar simbolit bandar Temerloh ini iaitu "Temerloh Bandar Ikan Patin."

Kubang Gajah Waterpark

Image
Taman Tema Air Kubang Gajah ini tidak segempak taman tema air yang lain tetapi ianya sudah cukup menyeronokkan. Tidak kesahlah kanak-kanak ataupun orang dewasa, siapa tak excited apabila nampak kolam renang yang luas dan menyeronokkan? Anda boleh berenang, bermain dan meluangkan masa bersama keluar di sini dengan sepuas-puasnya. Harga tiketnya juga sangatlah murah. Keselamatan di sini juga sangat diutamakan. Setelah penat berenang, pasti anda berasa lapar kan? Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai-gerai berhampiran dengan Kubang Gajah Waterpark ini. Cuba jangan tak cuba! Waktu Operasi : Cuti sekolah, Cuti umum, Sabtu & Ahad (9.00a.m. - 7.30p.m.) Hari Persekolahan (2.00p.m. - 7.30p.m.) Rabu tutup Bayaran masuk : Dewasa RM10, Kanak-kanak ( 2-12 tahun ) RM8, Kanak-kanak ( 1 tahun 11 bulan & kebawah ) Percuma, OKU & Warga Emas RM5 Alamat : Waterpark Kubang Gajah, Taman Awam Kubang Gajah, 28000 Temerloh

Car Boot Sales

Image
Tarikan di waktu malam pula ialah Car Boot Sales yang terletak di Bandar Temerloh ini. Di sini anda boleh melihat terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh baju-baju yang dijual secara lelong, tudung yang sangat mengikut trend terkini, alat permainan kanak-kanak dan pelbagai jenis makanan juga turut dijual di sini. Apa yang uniknya di sini ialah semua barangan ini dijual melalui kereta-kereta sahaja. Car Boot Sales ini dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 8 malam sehingga ke larut malam. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis barangan yang amat menarik di sini jadi, jangan lepaskan peluang! Alamat: Bandar Temerloh

Dataran Patin

Image
Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan hidangan ikan patinnya dan Dataran Patin merupakan salah satu restoran yang terkenal di daerah ini. Untuk menuju ke restoran ini, anda perlu menyeberangi sebuah jambatan gantung yang merentasi sungai. Ianya agak extreme tetapi pasti menyeronokkan kerana suasana tepi sungai yang sangat tenang menambahkan lagi selera kita semua. Di sini juga anda boleh melihat pemandangan Sungai Pahang dan Sungai Semantan dengan sepuas hati. Anda boleh menghirup udara yang nyaman dan bersantai bersama keluarga di sini. Alamat: Pesisiran Sungai Pahang berhampiran Esplanade Temerloh

Coconut Shake "Hogoh De Coco"

Image
Tarikan seterusnya di daerah Temerloh ini adalah di kedai coconut shake yang terkenal iaitu Hogoh De Coco. Di sini anda boleh mencuba pelbagai jenis coconut shake dari pelbagai perisa seperti Oreo, Strawberry, Caramel Coffee dan pelbagai lagi yang pasti menambat hati. Selain itu, terdapat pelbagai menu lain yang disediakan di kedai ini seperti aiskrim kelapa, jeli kelapa, ayam goreng dan lain-lain.  Anda boleh menikmati menu yang disediakan dengan suasana yang sungguh santai. Layanan di sini sangat cemerlang dan ianya juga memberikan perkhidmatan drive thru. Alamat: Lorong Salleh Jkkk Kg Bukit Resak Paya Pulai

Esplanade Temerloh

Image
Tarikan pertama yang ada di kawasan persisiran sungai daerah Temerloh ini adalah di Esplanade Temerloh. Di sini anda boleh menaiki bot yang disediakan dan menikmati udara yang nyaman sambil melihat keindahan di sekitar Sungai Pahang. Kawasan di sini sungguh tenang dan amat sesuai sekiranya anda mahu berehat ataupun bersantai bersama keluarga. Esplanade Temerloh ini dikatakan akan menaik taraf di mana pemasangan pelindung tebing dan laluan pejalan kaki akan dibuat. Alamat: Persisiran Sungai Pahang berhampiran Dataran Patin

Temerloh "Bandar Ikan Patin"

Image
Temerloh merupakan titik tengah bagi semenanjung Malaysia. Temerloh juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Kuantan, dalam negeri Pahang Darul Makmur. Daerah ini terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah  3°27’U dan  102°26’T. Bandar Temerloh bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu oleh kerana lokasinya yang strategik. Bandar ini digelar "Bandar Ikan Patin" .