Semantan Walk


Sekiranya anda mahu membeli-belah atau mencari barangan seperti baju, kasut dan lain-lain lagi inilah tempat yang paling sesuai yangperlu anda lawati iaitu di Semantan Walk Temerloh. Harga barangan yang dijual di sini juga amatlah berpatutan. Selain daripada membeli-belah, di sini juga ada menempatkan beberapa restoran makanan dan kiosk-kiosk makanan yang pasti menggugat selera anda.

Anda boleh bersantai dan berehat bersama keluarga di dengan menikmati hidangan yang disediakan. Pada waktu malam, anda boleh menikmati pemandangan yang sungguh cantik dengan gemerlapan lampu-lampu yang berwarna-warni. Papan tanda ikan patin yang megah jelas terpancar simbolit bandar Temerloh ini iaitu "Temerloh Bandar Ikan Patin."


Comments

Popular posts from this blog

Temerloh "Bandar Ikan Patin"

Kubang Gajah Waterpark