Kubang Gajah Waterpark


Taman Tema Air Kubang Gajah ini tidak segempak taman tema air yang lain tetapi ianya sudah cukup menyeronokkan. Tidak kesahlah kanak-kanak ataupun orang dewasa, siapa tak excited apabila nampak kolam renang yang luas dan menyeronokkan? Anda boleh berenang, bermain dan meluangkan masa bersama keluar di sini dengan sepuas-puasnya. Harga tiketnya juga sangatlah murah. Keselamatan di sini juga sangat diutamakan.

Setelah penat berenang, pasti anda berasa lapar kan? Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai-gerai berhampiran dengan Kubang Gajah Waterpark ini. Cuba jangan tak cuba!

Waktu Operasi: Cuti sekolah, Cuti umum, Sabtu & Ahad (9.00a.m. - 7.30p.m.) Hari Persekolahan (2.00p.m. - 7.30p.m.) Rabu tutup

Bayaran masuk: Dewasa RM10, Kanak-kanak ( 2-12 tahun ) RM8, Kanak-kanak ( 1 tahun 11 bulan & kebawah ) Percuma, OKU & Warga Emas RM5

Alamat: Waterpark Kubang Gajah, Taman Awam Kubang Gajah, 28000 Temerloh

Comments

Popular posts from this blog

Temerloh "Bandar Ikan Patin"

Semantan Walk

Esplanade Temerloh